Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
G25: Laksana hudud abai jalan kesederhanaan
Diterbitkan:  Mar 25, 2015 11:47 AM
Dikemaskini: 3:54 PM

Kumpulan 25 tokoh penjawat awam Melayu ternama menggesa Putrajaya untuk mendokong Perlembagaan Persekutuan dan menghalang pelaksanaan hukuman hudud.

Dalam kenyataan akhbar, kumpulan itu berkata Malaysia telah memilih jalan kesederhanaan sejak kemerdekaan dan BN telah menerajui negara ini melalui jalan tersebut.

"Pelaksanaan undang-undang hudud PAS akan menandakan kepada dunia bahawa Malaysia telah meninggalkan jalan sederhana.

"Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh undang-undang agama yang tertakluk kepada ragam tafsiran ulama yang tidak terlepas berbuat silap," kata kumpulan itu.

Mereka juga memetik pendapat sarjana terkemuka dunia Islam Sheikh Yusuf Al Qaradawi bahawa penerapan syariah harus dipandu oleh ijtihad berhubung pelaksanaannya.

Ketua Persatuan Ulama Sedunia itu berkata teks klasik tidak boleh diterapkan keseluruhannya tanpa mengambil kira konteks dan realiti dalam masyarakat moden.

[Berita berita asal]

Lihat Komen
ADS