Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
25 aktivis anti-GST didakwa menceroboh
Diterbitkan:  Mar 25, 2015 1:47 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Seramai 25 orang aktivis yang menyertai perhimpunan bagi membantah GST di ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada hari Isnin lalu dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman yang dibaca bersama dengan Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

Kumpulan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dalam tempoh tidak sampai 48 jam selepas ditahan.

Sekiranya sabit kesalahan, mereka mungkin didenda sehingga RM20,000.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS