Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek cetusan sultan jejas pendapatan nelayan 50%
Diterbitkan:  Mar 25, 2015 3:29 PM
Dikemaskini: 3:31 PM

Dianggarkan kira-kira 50 peratus pendapatan nelayan pantai berkurangan susulan aktiviti penambakan laut untuk projek Forest City dan Tanjung Piai  Maritime  Indusrial Park.

Keadaan itu berlaku susulan nelayan perlu menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh, menurut jawapan Menteri Pertanian dan Industri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam jawatan bertulisnya di Parlimen.

Ismail ( kanan ) juga berkata, seramai 1,023 nelayan pantai dipengaruhi oleh aktiviti itu, merangkumi 596 nelayan daripada 14 pangkalan di Johor Bahru dan 428 nelayan daripada 19 pangkalan di Pontian.

Menteri itu juga membekalkan carta anggaran purata pendapatan sebulan nelayan di enam daerah yang menyaksikan pendapatan terendah diraih nelayan Johor Bahru dengan RM1,151 sebulan dan dan tertinggi di Batu Pahat (RM4,103).

Bilangan nelayan pula paling rendah di Kota Tinggi dengan 292 orang manakala tinggi pula di Pontian dengan jumlah 1,468 orang.

Ismail berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mahu tahu purata pendapatan nelayan susulan aktiviti itu serta bilangan nelayan yang akan dipengaruhinya.

Sultan: Ramai dengki, iri hari

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar sebagai pencetus idea Forest City pada 22 Mac lalu dilapor menjelaskan penambakan dibuat kerana pembangunannya lebih mudah.

“Di darat kita perlukan pengambilan tanah. Kawasan tanah baru lebih mudah untuk perancangan.

“Jajaran (pembinaan) jalan semua mudah. Jika daratan tidak banyak kawasan yang dikelilingi air,” katanya dalam wawancara dengan Berita Harian ketika ditanya berbubung perkara itu ketika Johor masing mempunyai banyak tanah.

Ditanya berhubung isu alam sekitar, sultan Johor ( kiri ) juga berkata ramai yang iri hati, dengki dan mempolitikkan perkara itu.

“Mereka hanya mahu menyukarkan kita. Pemaju lain buat satu lapisan, tetapi Forest City buat tiga lapisan.

“Mereka juga patuh pada peraturan tak kira berapa kos walaupun sehingga tiga kali ganda,” beliau dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS