Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram menerima tawaran menjadi perunding untuk Gerakan bagi membantu parti itu mencabar pelaksanaan hudud Kelantan di mahkamah.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong kepada Malaysiakini hari ini.

“Sri Ram ialah perunding undang-undang untuk Gerakan dan beliau bekerja rapat dengan saya (berhubung perkara ini),” kata Yong yang juga seorang peguam.

Parti komponen BN itu mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa tindakan Kelantan bertentangan dengan perlembagaan.

Pada Rabu lalu, Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Bharu terhadap kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS bagi mengisytiharkan rang undang-undang hudud itu kerana tidak mengikut perlembagaan.

Kes itu difailkan pada hari yang sama ketika PAS membentangkan pindaan enakmen hudud yang diluluskan pada 1993 dan DUN Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) keesokkan hari ini.

12 ADUN Umno Kelantan menyokong pindaan hudud berkenaan bagaimanapun pendirian itu ditentang oleh komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan juga beberapa pihak negeri Sabah dan Sarawak.

Yong, dalam kenyataan sewaktu memfailkan saman itu, berkata Gerakan tegas menentang perlaksanaan hudud di Kelantan dan mana-mana bahagian lain di Malaysia.

Lihat Komen
ADS