Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ulama PAS gesa menteri Umno bertaubat
Diterbitkan:  Mar 25, 2015 5:39 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Dewan Ulama PAS menggesa agar menteri Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertaubat kerana menyifatkan orang yang membincangkan mengenai hudud sebagai golongan “bodoh”.

Ketua penerangan badan itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kenyataan menteri pelancongan itu menjurus kepada “kekufuran” dan menunjukkan beliau seorang yang “bodoh”.

“Kebodohan yang sebenar-benarnya ialah kenyataan (Nazri) bahawa orang yang berbicara tentang hudud adalah bodoh,” katanya yang memetik satu ayat al-Quran.

Jelasnya, undang-undang hudud, qisas dan ta'zir merupapakan undang-undang yang ditetapkan sendiri oleh Allah.

“Tuhan yang mencipta (Nazri) dan memberi beliau nyawa, jasad, makan dan minum. Ia dibicarakan oleh Allah dalam al-Quran.

“Adakah Allah itu bodoh pada perkiraan Datuk Seri? Memperbodohkan hukum-hakam Allah adalah memperbodohkan Allah.

“Ia tindakan yang boleh membawa kepada kekufuran,” katanya lagi yang turut menggesa agar para mufti dan penasihat agama membimbing Nazri dalam isu ini.

Nazri pada hari Isnin lalu dilapor berkata, hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini dan menyifatkan pihak yang membincangkannya sebagai "bodoh".

Lihat Komen
ADS