Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak cadangan PAS untuk meminda kaedah-kaedah Mahkamah Syariah bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud.
 
Pengerusi Urusetia Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata laporan  The Malaysian Insider,  yang mendakwa bahawa Raja-raja telah menolak cadangan kerajaan Kelantan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, adalah "tidak benar".
 
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata tidak timbul soal membawanya kepada Majlis Raja-Raja.

Tegasnya, ia merupakan urusan kerajaan negeri dan Sultan Kelantan sudah pun bersetuju.

 
Laporan  Malaysian Insider  mendakwa bahawa Raja-raja menolak cadangan itu pada 11 Mac, menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar notis kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda akta tersebut.

[Baca berita penuh/asal]

 
Lihat Komen
ADS