Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Hudud londeh wajah sebenar Kit Siang
Diterbitkan:  Mar 25, 2015 6:41 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA mengecam tokoh utama DAP yang memberi kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyatakan pendirian rasminya dalam tempoh 48 jam mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali juga mengkritik Lim Kit Siang yang memutuskan hubungan partinya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu juga menyindir seruan Lim yang menggesa pembentukan kerajaan campuran baru berasaskan perlembagaan bagi menolak hudud.

"Wau, wau! Kit Siang menggertak perdana menteri... beri peluang PM mengumumkan (pendirian) hudud (dalam tempoh) 48 jam. Wau hebat, sejak bila pula pemimpin yang mendakwa dirinya negarawan ini menjadi ketua semua orang?

"Padan muka semua (kerana) memberi muka sangat pada manusia angkuh ini," katanya dalam satu kenyataan.

"Dialah pemimpin nombor satu Malaysia. Wau! Memang hebat dia jadi pencatur agung politik Malaysia."

Ibrahim juga berkata isu hudud, yang berbangkit semula selepas pindaaan enakmen hudud Kelantan diluluskan minggu lepas, "berjaya melondehkan wajah dan watak banyak orang."

"Sekarang kita lebih kenal dan faham sifat dan perangai kasar dan biadap mereka. Kita juga kenal pemimpin-pemimpin Melayu Islam akan pendirian dan sifatnya," katanya.

Lihat Komen
ADS