Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Tambang teksi naik tak jejas pelancongan
Diterbitkan:  Mar 26, 2015 7:34 AM
Dikemaskini: Mar 26, 2015 10:56 AM

Kenaikan tambang teksi yang dikuatkuasakan serta-merta Khamis lepas tidak menjejas industri pelancongan negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebaliknya, kata beliau, ia akan membantu pemandu teksi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.

Katanya, kenaikan itu juga membantu meningkatkan pendapatan golongan berkenaan serta ekonomi negara.

Nazri berkata langkah itu juga secara tidak langsung akan memastikan pemandu teksi beroperasi menggunakan meter sekaligus mengelak berlaku penipuan harga tambang kepada pengguna teksi terutama pelancong.

"Lagipun pemandu teksi telah berjanji sekiranya tambang dinaikkan mereka akan memberi perkhidmatan terbaik dan menaik taraf kenderaan tersebut atau menukarnya sekiranya perlu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Desa Balqis Beach Resort di Kuala Linggi di Alor Gajah semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Tambang teksi baharu itu yang diputuskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) naik antara 20 ke 67 peratus berkuatkuasa serta merta pada 19 Mac lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS