Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Firma audit KPMG Malaysia mempertahankan auditnya terhadap firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ekoran dakwaan yang ia telah membantu menutup urusan yang meragukan.

Lamanweb pemberi maklumat Sarawak Report dilaporkan mendakwa KPMG membantu menutup yang usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi mempunyai "hutang sedia ada yang meragukan sebanyak AS$700 juta", dengan memetik emel bocor yang dikatakan menunjukkan pembabitan juruaudit itu seawal Mac 2010.

KPMG dalam emel kepada Malaysiakini bagaimanapun berkata, "KPMG Malaysia telah dilantik sebagai juruaudit bagi 1MDB pada bulan September 2010.

"KPMG Malaysia adalah juruaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2012.

"Audit 1MDB telah dijalankan mengikut piawaian pengauditan antarabangsa. KPMG akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan menyiasat perkara ini.

"Oleh kerana kewajipan berterusan kerahsiaan pelanggan, KPMG tidak dapat mengulas lanjut pada masa ini."

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS