Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih belum menjawab surat daripada PKR Sarawak tahun lepas yang mahu tahu sama ada peraturan melarang kegiatan bukan Islam di semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditarik balik.

Surat itu dihantar ekoran aduan daripada ibu bapa Kristian bahawa anak mereka dilarang memakai atau mempamerkan salib dan lambang Kristian termasuk Bible di sekolah itu.

Pelajar bukan Islam di sekolah itu juga dikatakan perlu mendapatkan kebenaran untuk hadir kegiatan keagamaan di luar kampus.

“Saya tidak terima sebarang jawapan daripada MARA.

“Boleh jadi mereka sudah tarik balik peraturan itu atau cuba sembunyikan sesuatu,” kata ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam sidang media semalam.

Baru Bian ( kanan ), yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, sebelum ini mengugut untuk menyaman MARA.

Beliau mendakwa tindakan maktab itu bertentangan dengan perlembagaan kerana MRSM bukan sebuah institusi agama dan terbuka kepada pelajar bukan Islam.

Pengetua MRSM Betong sebelum ini berkata mereka tidak mengamalkan diskriminasi terhadap pelajar.

Bagaimanapun, pengetua sekarang mengakui larangan itu berlaku.

Kontroversi itu terkandung dalam peraturan nombor sembilan buku panduan MRSM untuk pelajar baru yang menyebut bahawa kesemua kegiatan keagamaannya kecuali Islam.

Peraturan itu juga melarang lambang keagamaan bukan Islam dipamerkan.

MARA: Menteri sudah jawab

Sementara itu, menjawan e-mel  Malaysiakini , Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Ini kerana, katanya,  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal telah menjawabnya dan dilapor dalam The Borneo Post pada 9 Februari lalu.

Laporan portal berita itu memetik Mohd Shafie ( kiri ) sebagai menafikan dakwaan bahawa MRSM melarang pelajar bukan Islam termasuk bukan bumiputera mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.

Sambil menegaskan supaya perkara tersebut tidak perlu dipolitikkan, Mohd Shafie berkata tiada arahan daripada MRSM yang melarang pelajar bukan Islam daripada mengamalkan agama mereka.

Laporan itu juga menyebut, pihak MRSM turut menyediakan bas untuk pelajarnya ke masjid dan gereja di luar kawasan sekolah dan akan mengambil tindakan pihak yang terlibat jika benar kes itu benar wujud.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS