Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri 'berlakon', tak jawab isu 1MDB
Diterbitkan:  Mar 26, 2015 2:51 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Wakil rakyat DAP menyelar Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang didakwa “kecut” daripada menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi semasa ucapan penggulungan di Parlimen semalam.

“Beliau pada mulanya dirujuk dengan isu 'penggelapan' AS700 juta oleh entiti dikawal Jho Low, Good Star, dengan mendakwa isu itu sudah disiasat oleh ketua audit negara dan polis.

"Beliau kemudian kata lebih baik untuk menunggu hasil siasatannya dulu.

“Apabila ditekan oleh anggota Parlimen PKR Sim Tze Tzin, Husni malah buat-buat pegang dan menyelak peraturan tetap parlimen sementara cuba mendapatkan panduan daripada timbalan speaker sama ada perlu menjawab atau tidak soalan itu.

“Timbalan speaker kemudian memberikan kebenaran kepada menteri itu untuk tidak menjawab soalan itu,” dakwa Tony Pua dalam kenyataannya.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu justeru berkata Husni layak mendapat Anugerah Oscar untuk tindakan itu.

Katanya, tiada peruntukan dalam peraturan tetap melarang menteri  menjawab soalan melibatkan kes sedang disiasat oleh ketua audit negara atau polis.

Pua berkata wakil pembangkang mahu pengesahan sama ada 1MDB menyalurkan AS$700 ke dalam akaun bank Good Star di Switzerland dan apa sebabnya.

Anugerah Oscar sebuah anugerah berprestij antarabangsa dalam bidang lakonan dan perfileman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS