Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tanah punca gendala bilik berita RM90 juta RTM'

Masalah bilik berita bersepadu RM90 juta Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berpunca daripada "masalah tanah" di situ, kata menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata perkara itu menyebabkan kontraktor harus menunggu kebenaran Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

“(Kontraktor) Media City tak dapat untuk menyegerakan keseluruhan pembinaan kerana terdapat beberapa isu.

“Pihak Kementerian Kewangan sendiri tak membenarkan Media City untuk memulakan segala kerja pembinaan, menyediakan segala kelengkapan kerana isu yang berkaitan penggunaan tanah di situ,” katanya.

Ditanya apa kaitannya berhubung masalah tanah dengan isu peralatan tidak cukup yang dibangkitkan oleh PAC, Shabery hanya menjawab RTM akan menjawab perkara perkara itu tidak lama lagi.

Beliau juga berkata akan melihat secara terperinci perkara lain yang menyebabkan masalah itu berlaku.

PAC semalam mendapati projek bilik berita bersepadu RTM itu tidak mempunyai peralatan diperlukan dan tidak mematuhi garis panduan projek dan menyebabkannya digunakan sebagai ruang pejabat.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bangunan tujuh tingkat seluas 350,000 kaki persegi itu di Angkasapuri, ibu pejabat RTM di di Kuala Lumpur, kini menjadi sebuah pejabat biasa.

Projek itu menjadi subjek siasatan PAC ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2013 berkaitan dengannya.

Lihat Komen
ADS