Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Harga rumah, yang kini kian meningkat, perlu diturunkan bagi mengurangkan hutang isi rumah yang semakin besar, kata timbalan menteri kewangan.

"Sebanyak 45.7 peratus hutang isi rumah digunakan untuk membeli rumah atau hartanah yang merupakan punca terbesar hutang.

"Kalau kita boleh mengurangkan harga rumah, nilai hutang isi rumah boleh dikurangkan pada masa depan," kata Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata hutang isi rumah pada 2014 kini tinggi, iaitu 87.1 peratus daripada daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, industri perumahan perlu menawarkan lebih banyak perumahan mampu milik untuk membantu mengurangkan harga rumah.

“Kalau harga rumah sebuah dibeli dengan harga RM800,000, dengan projek pembinaan yang semakin kompetitif dari segi persaingan, RM800,000 itu sebenarnya boleh dikurangkan kepada RM600,000.

“Dengan sendiri, RM200,000 komponen hutang isi rumah untuk boleh dikurangkan,” jelasnya.

Namun, ditanya harga rumah dilihat semakin meningkat pada masa kini, Ahmad Maslan hanya berkata kerajaan pada Bajet 2014 mengumumkan beberapa kaedah untuk membantu menurun harga rumah.

“Contoh, nilai pembelian rumah tempatan oleh orang asing dihadkan kepada sejuta, kerajaan juga berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik pada seketika untuk memenuhi pasaran”, jelasnya.

Katanya, kos membeli kediaman kini terdiri daripada 45.7 peratus daripada hutang isi rumah, selain harta bukan kediaman (7.7 peratus) , kenderaan (16.6 peratus), hutang kad kredit (3.9 peratus), pinjaman peribadi (15.7 peratus), pembelian saham (6.5 peratus) dan lain-lain (3.9 peratus).

Lihat Komen
ADS