Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong berkata parti itu akan menubuhkan gabungan Pakatan Rakyat Baharu (PRB) di negeri itu tanpa PAS.

MP Kota Kinabalu itu berkata, DAP Sabah akan mengemuakakan cadangan itu dalam satu pertemuan dengan PKR negeri pada hari Isnin ini.

Katanya, ia selari dengan seruan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan gabungan “Selamatkan Malaysia”.

"Kami mahu cadangkan kepada PKR dahulu dan kemudian terbuka kepada parti yang mahu bersama-sama mempertahankan perlembagaan persekutuan.

"Kami merasakan bahawa ini satu keperluan,” katanya yang membangkitkan mengenai jalan buntu yang ditempuh apabila PAS berkeras untuk melaksanakan hudud.

Katanya lagi, nama untuk gabungan baru itu dicadangkan sebagai PRB kerana ia “perkara baru”.

Bagaimanapun, pemimpin PKR Sabah, Darrell Leiking beliau tidak tahu mengenai cadangan baru itu dan “tidak terlibat dengan cadangan itu”.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini buat masa ini dan akan bertanya selanjutnya dengan barisan pemimpin negeri,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS