Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di S Alam, Klang Selasa ini
Diterbitkan:  Mar 27, 2015 9:46 AM
Dikemaskini: 8:07 AM

Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara mulai 31 Mac bermula 9 malam sehingga 7 pagi keesokannya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan semalam berkata gangguan berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Kawasan yang terlibat ialah Persiaran Batu Nilam, Jalan Batu Nilam, Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi, Persiaran Botanik, Jalan Angsana, Jalan Akasia, Jalan Penaga, Jalan Bidara, Jalan Kiara, Jalan Rhu, Jalan Jenaris, Jalan Bungor, Jalan Cassia, Jalan Jasmin, Jalan Jejawi dan Jalan Palma.

Katanya, para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara itu dan menggunakan air dengan berhemah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS