Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Siasat pensyarah UM hina kebebasan akademik
Diterbitkan:  Mar 27, 2015 11:34 AM
Dikemaskini: 8:04 AM

Siasatan terhadap pensyarah Univerisiti Malaya (UM) Khoo Yng Hooi berhubung satu artikel berkaitan perhimpunan Kita Lawan, dianggap satu penghinaan kepada kebebasan akademik, kata MP Serdang Ong Kian Ming.

"Kolum Khoo membangkitkan banyak perkara yang sah mengenai motivasi dan tindakan Polis Diraja Malaysia dan juga negara lain sebagai maklum balas kepada bantahan awam.

"Menyoal beliau dan menyiasat dan kemungkinan mendakwanya bawah Kanun Keseksaan dianggap satu penghinaan dan serangan terhadap kebebasan akademik di Malaysia," kata Ong dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insider hari ini bahawa polis menyoal Khoo semalam berhubung artikel 'Who owns the police?' yang disiarkan dalam laman portal berita tu pada 16 Mac.

Menurut laporan itu, ahli akademik itu mengambil masa selama satu jam setengah untuk disoal polis di pejabatnya dan disiasat bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan intimidasi jenayah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS