Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP S'wak umum keluar Pakatan negeri
Diterbitkan:  Mar 27, 2015 3:47 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu Pakatan, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama Pakatan dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam Pakatan ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen Pakatan Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada Pakatan Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS