Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP tidak begitu bersetuju dengan demo  'meraikan' perkahwinan anak perempuan perdana menteri seperti dihasratkan oleh gabungan Kita Lawan.

Ketika dihubungi, setiausaha organisasi DAP, Anthony Loke mengakui perkara tersebut.

Oleh itu, katanya, parti itu tidak memberi arahan kepada ahlinya untuk menyertai protes esok, bagi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada arahan untuk mereka menyertainya," kata Loke kepada Malaysiakini tetapi menambah bahawa DAP tidak juga melarang ahli daripada menyertainya.

Bagaimanapun, dengan keputusan itu, dijangkakan kebanyakan pemimpin tertinggi DAP tidak akan hadir esok.

Peserta perhimpunan itu akan berkumpul di tiga lokasi iaitu Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS menjelang jam 4 petang.

Mereka kemudian berarak ke pusat membeli-belah Sogo dan seterusnya ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tempat berlangsungnya majlis perkahwinan anak Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib, dan suaminya Daniyar Kessikbayev mengadakan majlis perkahwinan mereka untuk barisan orang kenamaan di KLCC jam 8 malam esok.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengarahkan supaya digerakkan ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan itu esok.

Berikutan arahan itu, Rafizi hari ini ditahan oleh pihak polis di pusat perkhidmatannya atas dakwaan menghasut.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS