Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas vokalis ditahan positif dadah
Diterbitkan:  Mar 27, 2015 5:21 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Bekas vokalis kumpulan pop-rock terkenal ditahan di sebuah hotel di Jalan Jelatek dekat ibunegara malam tadi kerana disyaki positif syabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata penyanyi berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam.

"Kita tahan penyanyi ini di hotel berkenaan. Ketika itu dia dalam perancangan untuk membeli dadah. Saringan awal ujian air kencing ke atasnya didapati dia positif dadah jenis Amphetamine," katanya ketika dihubungi.

Khairuldin berkata penyanyi itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Bernama

Lihat Komen
ADS