Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Melabelkan kumpulan "liberal" dalam PAS sebagai "buaya yang berpura-pura mati", seorang pemimpin MCA hari ini memberi amaran kepada DAP mengenai bahayanya bekerjasama dengan kumpulan itu.

Katanya, PAS mahu memerintah negara ini menggunakan Islam tidak mengira sama ada mereka daripada kumpulan konservatif atau liberal, kata Gan Ping Siew dalam sidang medianya hari ini.

Gan, yang mengetuai pasukan pelaksanaan syariah MCA, mengulas pemimpin DAP yang mendakwa terdapat konspirasi politik antara Umno dan kumpulan konservatif dalam PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Liew Chin Tong, ahli parlimen DAP dari Kluang, berkata DAP mahu meneruskan kerjasama dengan kumpulan "liberal" dalam PAS.

"YB Liew (Chin Tong) suka berkata MCA telah kehabisan modal, hanya bergantung kepada topik hudud sebagai kayu yang hanyut," kata Gan  yang mengetuai pasukan khas pelaksanaan undang-undang syariah dan polisi,

"Tapi saya mahu beritahu mereka, yang dipanggil kumpulan liberal, profesional, atau Erdogan dalam PAS tidak lebih daripada buaya yang berpura-pura mati di permukaan tasik," katanya.

"Kalau anda rasa (mereka) kayu yang hanyut, anda boleh peluknya, tapi jangan bawa kami tenggelam bersama anda," kata Gan, dengan mencabar Liew untuk berdebat mengenai hudud buat kali kedua.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS