Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang dari 4 rakyat Kedah hidap diabetik
Diterbitkan:  Mar 27, 2015 8:38 PM
Dikemaskini: 12:53 PM

Seorang daripada empat rakyat di Kedah disahkan menghidap diabetes yang kadarnya lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata berdasarkan kajian 'Survei Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2011', sebanyak 22.5 peratus rakyat Kedah daripada anggaran 256,000 orang menghidap diabetes pada tahun 2011.

"Kajian ini meletakkan Kedah di tempat kedua menghidap diabetes dengan 22.5 peratus manakala Perlis mencatatkan peratusan tertinggi 24.8 peratus dan Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 22 peratus," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini

Beliau merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015 peringakat negeri.

Diabetes dan hipertensi merupakan penyebab kepada kegagalan fungsi buah pinggang, katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Norhizan berkata daripada 19 jemaah umrah yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana disyaki menghidap 'Influenza Like Illness' (ILI) empat hari lepas, hanya tinggal seorang jemaah yang masih dirawat.

"Jemaah itu masih dirawat di wad isolasi kerana mengalami demam tetapi berada dalam keadaan stabil dan sekiranya jemaah itu sudah sihat beliau akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat," katanya.

Pada 23 Mac lalu, 13 jemaah umrah yang berasal dari Kuala Nerang dimasukkan ke wad isolasi HSB kerana disyaki menghidap ILI selepas pulang menunaikan umrah Ahad lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS