Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden China beri hadiah istimewa pada anak Najib
Diterbitkan:  Mar 28, 2015 9:19 AM
Dikemaskini: 8:19 AM

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan hadiah istimewa kepada anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa, yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.
 
"Beliau telah membuat sesuatu yang saya tidak jangka iaitu memberikan hadiah istimewa untuk anak saya,” kata Najib selepas mesyuarat dua hala dengan Jinping di Boao (Hainan, China) semalam.
 
Beliau berkata hadiah itu ialah berupa kain sulaman dua belah bercorak bulan penuh dan bunga mekar serta set teh porcelin China.
 
"Saya diberitahu bahawa sulaman itu melambangkan kebahagiaan yang abadi," kata Najib yang berada di Boao untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015.
 
"Presiden Xi juga telah dua kali menyampaikan ucapan tahniah kepada anak saya atas perkahwinannya, kata beliau.
 
Nooryana Najwa melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev pada 19 Mac lepas.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS