Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perhimpunan Kita Lawan diteruskan, kata penganjur
Diterbitkan:  Mar 28, 2015 11:31 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur petang ini akan diteruskan seperti yang dirancang, walaupun selepas terdapat usaha untuk menghalangnya, kata pihak penganjur.

Sekretariat Kita Lawan berkata rakyat perlu berhimpun kerana mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperjuangkan isu rakyat.

"Kerana itu kita sebagai rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan ini akan bermula pada pukul 4 petang di tiga tempat berhimpun - Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS - untuk berarak ke pusat membeli-belah Sogo.

Kita Lawan telah ditubuhkan untuk menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kemudiannya turut memperjuangkan isu-isu lain seperti GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April.

Menjelang perhimpunan tersebut, beberapa individu telah ditangkap, termasuk aktivis Hishamuddin Rais; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS