Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tian Chua ditangkap lagi, Rafizi, Hisham direman
Diterbitkan:  Mar 28, 2015 1:59 PM
Dikemaskini: 7:26 AM

Ketika Kuala Lumpur bersiap sedia untuk menyaksikan satu lagi perhimpunan Kita Lawan, Ahli Parlimen Batu Tian Chua ditahan polis, demikian dilaporkan oleh PKR hari ini.

Dalam satu mesej ringkas, parti itu berkata beliau kini berada di balai polis Jinjang.

Pihak polis dilaporkan telah meminta kehadirannya malam tadi.

Dalam tweetnya malam tadi, Chua menulis bahawa beliau akan bekerjasama dengan penyiasatan polis sebaik sahaja tugasnya sebagai MP selesai pada waktu pagi.

"Saya akan hadir di IPD Dang Wangi," tulis Chua dalam tweetnya sebagai respons kepada permintaan polis itu.

Ini adalah kali kedua Chua ditangkap dalam masa satu minggu.

Sebelum ini beliau ditangkap Jumaat lepas kerana penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan yang menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan polis untuk tahanan reman dan beliau dibebaskan pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, minggu ini, pihak polis berjaya mendapatkan perintah tahanan reman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditangkap semalam.

Menurut tweet PKR, kedua-duanya ditahan reman selama tiga hari.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS