Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang maut, 4 cedera kereta langgar kerbau
Diterbitkan:  Mar 28, 2015 2:41 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki lima sahabat itu melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan di Km22.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, Muhamad Amirul Abdul, 19, yang berasal dari Kuala Nerang mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta itu.

Pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala dua lagi penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Ketika kejadian kelima-lima lelaki itu dalam perjalanan dari Alor Setar menghala ke Bukit Kayu Hitam, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS