Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa pemimpin PAS menganggap keputusan DAP untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai langkah untuk menaikkan orang mereka sendiri.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad membangkitkan perkara itu dalam satu sidang media di Gombak hari ini.

Ini selepas DAP berkeras untuk memutuskan hubungan dengan Hadi, tetapi masih mengekalkan hubungan dengan PAS.

Apabila ditanya sama ada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP, orang yang dimaksudkannya, Mohamad Noor, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata pihaknya tidak dapat membaca siapa yang DAP sokong.

Katanya, jika dilihat secara keseluruhan, semua pemimpin seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa menyokong Abdul Hadi dan mereka menganggap kenyataan DAP tidak memberi manfaat kepada PAS.

Sehubungan itu, Mohamad Nor berkata PAS WP akan menyokong sepenuhnya Abdul Hadi untuk meneruskan kepimpinannya dan tidak akan membiarkan calon lain mencabarnya dalam muktamar PAS yang akan datang.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS