Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Juruterbang terhempas 'mahu dikenang semua'
Diterbitkan:  Mar 28, 2015 5:39 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Pembantu juruterbang, yang disyaki sengaja menghempaskan Germanwings awal minggu ini, pernah mengaku menerima rawatan sakit jiwa, teman wanitanya memberitahu akhbar Jerman.

Andreas Lubitz, 27, juga merancang melakukan sesuatu yang menakjubkan yang akan diingati oleh semua orang, kata pramugari yang hanya dikenali Maria W kepada akhbar Bild hari ini.

Menurut Reuters , harian itu melaporkan, Lubitz pernah memberitahu Maria, 26, pada tahun lalu: 'One day I'll do something that will change the system, and then everyone will know my name and remember it.'

(Suatu hari nanti, saya akan buat sesuatu yang boleh mengubah sistem ini, dan waktu itu semua orang akan ingat nama saya dan kenang saya.)

"Saya tidak faham apa maksud dia waktu itu tetapi kini ia sudah jelas," Maria dipetik sebagai berkata.

"Dia buat begitu kerana dia sedar, akibat masalah kesihatannya, cita-citanya untuk bertugas di Lufthansa, sebagai seorang juruterbang, bertugas sebagai juruterbang penerbangan jarak jauh, hampir-hampir mustahil."  

"Dia tidak bercakap banyak tentang sakitnya, hanya menyatakan dia pernah terima rawatan psikiatri."

Semalam akhbar yang sama mendedahkan dokumen bahawa Lubitz pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu.

Maria juga dilaporkan berkata Lubitz kemudian berubah dan mula bimbang hilang pekerjaan, tekanan kerja dan merungut tentang gajinya yang rendah.

Juruterbang itu yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.

Akhbar Bild semalam melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah.

Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol.

Lihat Komen
ADS