Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Larangan kongsi gambar kenduri anak PM
Diterbitkan:  Mar 29, 2015 8:53 AM
Dikemaskini: 12:57 AM

Majlis kenduri anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib berjalan dengan lancar malam tadi bagaimanapun mempelai itu tidak membenarkan tetamu yang hadir berkongsi gambar dan video majlis itu di sosial media.

'Larangan' mempelai itu tersebar di sosial media apabila seorang tetamu dan juga personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino berkongsi permintaan Nooryana itu melalui akaun Instagram malam tadi.

“Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

“Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” kandungan kad perkahwinan pasangan itu dipetik.

Sementara itu, Kris turut menulis di Instagram bahawa beliau menurut arahan untuk tidak berkongsi gambar dan video seperti yang diminta pasangan pengantin itu.

“Ini adalah permintaan khas (dari pengantin), untuk tidak muat naik (gambar dan video di sosial media) jadi walaupun semua tetamu yang telah hadir mengambil gambar tanpa henti, saya mentaati (arahan itu),” tulis Kris di Instagram.

Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pasangan menjadi hangat apabila seramai 500 penyokong perhimpunan Kita Lawan berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Menara Berkembar KLCC bagi ‘meraikan’ majlis itu.

Niat penyokong itu terhenti di Jalan Ampang apabila pihak polis menghalang mereka untuk masuk ke KLCC.

Peserta turut menyanyikan lagu klasik ‘selamat pengantin baru’, membawa bunga manggar serta hantaran sebagai simbolik kepada majlis perkahwinan itu sebelum bersurai pada jam 7 malam.

Lihat Komen
ADS