Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo 'edisi perkahwinan', Khalid Samad pula ditahan
Diterbitkan:  Mar 29, 2015 11:53 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

Anggota parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dilapor ditahan oleh polis awal pagi ini.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly memberitahu Malaysiakini Khalid didakwa ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram.

Dr Dzulkefly berkata beliau dimaklumkan bahawa Khalid ditahan bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram, kemungkinan kehadirannya dalam protes di pusat membeli belah Sogo.

Beliau berkata anak lelaki Khalid memaklumkan kepadanya sekitar jam 4 pagi, anggota polis datang ke rumah Khalid  pada jam 3.20 pagi untuk menahan bapanya.

Bekas MP Kuala Selangor itu memaklumkan sejumlah empat atau lima buah kereta polis hadir ke rumah rakan sejawatnya itu.

Berita penahanan Khalid menjadi perhatian dalam laman twitter pagi ini.

"Penangkapan terbaru MP Shah Alam subuh ini  [...] dan pemimpin PKR yang masih ditahan adalah tidak wajar," tulis Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam Twitter.

Khalid antara pemimpin PAS hadir dalam perhimpunan Kita LAwan semalam untuk membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di KLCC, bersempena resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS