Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata tindakan polis berhubung perhimpunan Kita Lawan semalam kerana mereka menghasut orang lain.
“Hanya kerana keputusan mahkamah tidak menyebelahi pihak-pihak tertentu, ia tidak menjadikan mereka bebas untuk menghasut.
“Kita hormat kebebasan bersuara tetapi kita tidak akan bertolak ansur terhadap kebebasan untuk menghasut dan tidak menghormati sistem bawah perlembagaan persekutuan,” katanya kepada pemberita.
Tidak kira siapa pun yang terlibat, katanya, polis akan menyiasat dan bertindak terhadap mereka.
“Perkara ini tidak dapat ditolak ansur. Sebarang perhimpunan atau aktiviti yang menghasut kita akan bertindak,” katanya.