Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu, Tian Chua bebas, Fariz direman
Diterbitkan:  Mar 29, 2015 7:34 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Dua pemimpin pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua dibebaskan daripada tahanan polis, menurut polis.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram #KitaLawan yang dianjurkan di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad memaklumkan Mat Sabu dibebaskan 11 malam tadi, sementara Tian Chua pada 12 tengah hari, hari ini.

"Bagaimanapun Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa yang turut ditahan malam tadi berhubung perkara sama telah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamad Sabu ditahan di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 12.20 pagi semalam dan dibawa ke IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur, manakala Tian Chua ditahan di kawasan Parlimennya, Batu, di sini 2.26 petang semalam.

Fariz ditahan di Petaling Street di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8 malam tadi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS