Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali selar provokasi pertikai hudud
Diterbitkan:  Mar 29, 2015 7:43 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini menyelar provokasi sesetengah pihak yang mempertikaikan hukum Hudud.

Katanya, orang bukan Islam harus sedar hukum hudud hanya dijalankan ke atas orang Islam, lapor Bernama.

Veteran politik itu juga menegaskan bahawa orang Islam tidak pernah mempertikaikan kepercayaan dan fahaman agama lain.

"Sekiranya perkara ini (provokasi) berterusan dan tidak ditangani, kami khuatir perpaduan dalam kalangan kaum pada masa akan datang akan terus terjejas," beliau dipetik sebagai berkata.

Ibrahim berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Tertinggi PERKASA, di Kelab Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur hari ini.

Lihat Komen
ADS