Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Kita Lawan duluan berbahaya
Diterbitkan:  Mar 29, 2015 7:52 PM
Dikemaskini: 11:55 AM

PERKASA hari ini menyifatkan desakan Kita Lawan menjadi duluan berbahaya kepada negara ini dalam usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya Datuk Ibrahim Ali berkata jika dibiarkan di masa akan datang perhimpunan sebegitu akan dijadikan asas untuk mencabar keputusan mahkamah dan menghina hakim, lapor Bernama.

"Dalam usaha nak bebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (#KitaLawan) ini menjadi satu precedent (duluan) yang berbahaya kepada negara kita.

"Apabila ia berlaku berterusan, pada masa akan datang, apabila orang disabitkan di mahkamah, ada saja yang pertikai, hakim tak adil dan hakim tak betul.

"Desakan-desakan mereka, ucapan mereka sewaktu (berhimpun) dalam mendesak Anwar dibebaskan, semuanya saya anggap menghina mahkamah," beliau dipetik sebagai berkata.

Ibrahim berkat demikian sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Tertinggi PERKASA, di Kelab Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 500 orang bersama-sama beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat berhimpun semalam di ibu negara bagi mendesak agar Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, agar dibebaskan.

Mereka juga menggesa pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta memperolokkan perhimpunan semalam sebagai 'meraikan' perkahwinan anak perempuan Najib.

Khalid dilaporkan berkata itu tidak lagi dibenarkan di ibu negara dan perlu dihentikan berikutan mereka bertindak agresif dengan membelasah seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan tugas.

Dua pemimpin kanan pembangkang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua yang ditahan polis di lokasi berasingan semalam bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan itu, dibebaskan hari ini.

Lihat Komen
ADS