Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasukan petugas pastikan 1MDB bayar hutang
Diterbitkan:  Mar 30, 2015 2:52 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Kerajaan menubuhkan sebuah petugas bagi meneliti hala tuju keseluruhan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri berkata langkah itu bagi memastikan daya mahu syarikat, meningkatkan kedudukan kewangan dan memastikan pembayaran balik hutangnya.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Azmin Ali (PKR- Gombak) yang mahu tahu rancangan kerajaan untuk memastikan 1MDB membayar kembali hutangnya.

Beliau juga menjelaskan, 1MDB pada 18 Februari lalu telah menjelaskan hala tuju syarikat selepas kajian strategik aktiviti syarikat dibuat.

“Antara perkara penting diumumkan oleh 1MDB ialah 1MDB tidak akan jalankan sebarang pelaburan atau projek baharu dan telah menyusun strategi jelas untuk setiap sektor perniagaannya supaya terus maju dan mapan,” katanya.

Beliau juga berkata 1MDB jamin setiap entitinya berada dalam kedudukan untuk membayar kembali hutang.

Najib juga menegaskan bahawa aliran tunai syarikat itu kukuh dengan keseluruhan asetnya dengan selesa melebihi hutang.

Lihat Komen
ADS