Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker tolak usul cela ketua polis di Parlimen

Usul Pakatan Rakyat untuk mencela Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar ditolak oleh speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Anggota Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata beliau menerima jawapan daripada speaker yang menyebut bahawa IGP bertindak dalam bidang kuasanya.

Pandikar ( kanan ) juga berkata Khalid mengikut peruntukan undang-undang sedia ada “bagi maksud keselamatan negara dan ketenteraman awam ”.

“Oleh yang demikian, perkara ini tidak perlu disegerakan,” surat satu halaman itu dipetik.

Usul itu dikemukakan berdasarkan Peraturan Mesyaurat 18(1).

Pembangkang mahu Parlimen mencela IGP kerana menangkapAnggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Parlimen yang mengkritik keras hakim susulan sabitan dan hukuman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sim berkata beliau bimbang apabila usul-usul penting tidak ditangani dengan serius.

“Saya hantar usul pada 25 Mac tetapi keadaan makin buruk selepas itu.

“Sekarang kami kena failkan usul baru untuk membahaskan usul yang telah ditolak,” katanya merujuk kepada tangkapan-tangkapan polis minggu lepas.

Ia melibatkan aktivis dan pemimpin pembangkang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS