Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: MRT2 ke Bandar Malaysia demi 1MDB
Diterbitkan:  Mar 30, 2015 5:28 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

MP DAP, Tony Pua mendakwa kerajaan cuba menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan menukar jajaran untuk projek Mass Rapid Transit Kedua (MRT2).

MP Petaling Jaya Utara itu mendakwa demikian berdasarkan laporan sebuah akhbar Singapura bahawa jajaran yang sepatutnya melalui Cheras dan Pandan itu akan ditukar ke Bandar Malaysia.

Menurut laporan itu, Bandar Malaysia merupakan satu kawasan baru yang akan dibangunkan oleh 1MDB.

Langkah itu seterusnya akan menyebabkan pembinaannya tertangguh dan kos meningkat lapor akhbar berbahasa Inggeris itu, Sunday Times.

Penyusunan semula ini akan melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Pua berkata, 1MDB bukan sahaja mendapat keuntungan dengan penilaian lebih tinggi untuk projeknya kerana dirangkaikan dengan MRT, tetapi turut mendapat lebih keuntungan dengan menjual tanah kepada kerajaan bagi projek MRT2.

"Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu bahan persendaan kerana 1MDB mendapat tanah di Bandar Malaysia – yang kini merupakan pengkalan udara di Sungai Besi dengan nilai yang tidak seberapa iaitu RM75 untuk satu kaki persegi.

"Yang akan rugi ialah 200,000 orang golongan pertengahan dan rendah- berpendapatan sederhana yang tinggal di Cheras dan Pandan iaitu jajaran asal bagi laluan itu," katanya dalam kenyataan medianya.

Menurut Pua lagi, memandangkan nilai Bandar Malaysia akan meningkat, 1MDB sepatutnya memberi tanah kerajaan untuk pembinaan MRT secara percuma.

Katanya, 1MDB juga perlu dikenakan satu "caj pembangunan" untuk membayar kos tambahan kerana mengalihkan laluan serta perlu menyediakan pengangkutan alternatif untuk penduduk di Cheras dan Pandan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS