Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ratu squasy Malaysia dan Pemain Nombor Satu dunia Datuk Nicol David akan terus bermain untuk tempoh lima tahun lagi, memandangkan dominasi beliau yang sukar dicabar hingga kini.

"Saya berada di puncak kerjaya ketika ini dan secara jujur masih banyak perkara yang perlu dilakukan. 

"Saya memang menunggu-nunggu untuk terus bermain dengan membawa penuh harapan.

"Permainan ini (squasy) memberi banyak tawaran, saya hanya perlu terus bermain...jika boleh saya akan kekal berada dalam gelanggang kaca selama yang mampu," katanya pada sidang akhbar selepas pelantikannya sebagai Duta Belia 1Malaysia bagi Squasy di Kuala Lumpur hari ini. 

Pemain berusia 32 tahun dari Pulau Pinang itu, yang merangkul lapan Mahkota Dunia, kini sedang berehat dan akan berada tiga hari di Pulau Pinang sebelum berlepas ke Amsterdam untuk menyertai dua pertandingan - Kejohanan Asia dan Kejohanan Terbuka Britain pada Mei.  

Untuk rekod, Nicol telah memenangi lima trofi Terbuka Britain, dan lebih lapan Kejohanan Asia dalam tempoh 10 tahun lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS