Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri berpendirian untuk menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia merupakan satu sistem percukaian yang zalim.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa itu, sistem GST yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan sepatutnya dilaksanakan berlandaskan prinsip adil kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanapun cukai GST yang dilaksanakan pada 1 April itu tidak mematuhi prinsip asas keadilan dalam sistem percukaian kerana masih membebankan rakyat, kata Azmin.

"Pendirian kerajaan negeri, kita tetap menolak pelaksanaan GST ini kerana ia satu sistem percukaian yang zalim. Sistem GST bila dilaksanakan bukan untuk mencipta satu hasil pendapatan yang baru, atau meningkatkan pendapatan negara. Itu satu falsafah yang salah.

"Persoalannya sekiranya kerajaan Umno ingin meningkatkan pendapatan mereka di peringkat persekutuan, mereka  harus meneliti dahulu ketirisan, kebocoran, rasuah yang berleluasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) berhubung pelaksanaan cukai GST di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Lihat Komen
ADS