Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dadah RM1.5j ditemui dalam pelapik kusyen
Diterbitkan:  Apr 2, 2015 3:12 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 6.06 kg bernilai RM1.15 juta oleh seorang wanita warga Pakistan pada 29 Mac lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata dadah itu ditemui disembunyikan di dalam 25 pelapik kusyen dalam bagasi milik wanita berusia 50 tahun itu selepas imbasan mendapati terdapat objek mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua pelapik kusyen pelbagai corak dan warna itu mengandungi serbuk kristal jernih putih yang kemudiannya diuji positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam sidang media di Sepang hari ini.

Beliau berkata wanita yang tiba dari Karachi dengan menaiki penerbangan Pakistan Airlines itu kini ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Chik Omar berkata tangkapan itu merupakan yang pertama membabitkan cubaan menyeludup menggunakan modus operandi menyorokkan dadah dalam pelapik kusyen yang dijahit rapi dan teliti berbanding penggunaan kasut, paip ekzos, kamera dan payung sebelum ini.

Siasatan awal mendapati suspek yang datang bersendirian itu juga pernah memasuki negara ini sebanyak tiga kali pada tahun lepas, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS