Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kartunis politik Zunar akan berdepan sembilan pertuduhan melibatkan hasutan kononnya berkaitan komen yang dibuatnya di Twitter.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, kata peguamnya, Latheefa Koya.

"Pada mulanya, kami diberitahu bahawa beliau akan didakwa berkaitan Twitternya, jadi kami menganggap bahawa ia adalah hanya satu pertuduhan.

"Tetapi pegawai penyiasat hari ini menghantar mesej kepada saya menyatakan bahawa ia akan menjadi sembilan pertuduhan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Latheefa berkta sembilan pertuduhan itu satu hukuman kerana jumlah keseluruhan semua jaminan bakal ditingkatkan.

"Berdasarkan pengalaman, jika jaminan minimum bagi setiap pertuduhan adalah RM5,000, beliau akan perlukan RM45,000.

"Saya tidak fikir Zunar mampu menyediakan wang sejumlah itu,” katanya.

Sekiranya gagal berbuat demikian, kartunis popular itu akan dikurung di penjara, malah sebelum perbicaraan bermula.

Hukum sebelum bicara

Latheefa berkata dakwaan kesalahan tersebut masih belum didedahkan, namun dipercayai ia daripada tulisan berbeza di Twitter.

"Ini cukup gila... Sembilan tuduhan ini cukup drastik, saya benar-nenr tak tahu apa yang dianggap menghasut," katanya.

Zunar ditahan pada 10 Februari lalu ekoran satu tulisannya di Twitter yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zunar dibebaskan tiga hari lalu dengan jaminan polis.

Beliau kini merayu sumbangan derma dari orang ramai bagi menampung jumlah jaminan itu.

"Mereka cuba menghukum kami sebelum perbicaraan bermula," katanya kepada Malaysiakini.

Pihak yang bermurah hati untuk menyumbang dana, boleh berbuat demikian dengan menghubunginya melalui emel [email protected]

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS