Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika peluang bagi rang-rang undang persendirian PAS diluluskan di Parlimen nampaknya tidak begitu cerah, parti itu masih mempunyai satu lagi kemungkinan pilihan untuk mencapai cita-citanya itu.

Setakat ini, setiap parti di kedua-dua belah pihak telah mengisytiharkan mereka tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian itu, kecuali Umno dan PAS.

 

Malah, dalam Umno sendiri, yang belum membuat keputusan secara rasmi, sudah ada beberapa pemimpinnya yang lantang bersuara seperti Datuk Nazri Abdul Aziz, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, telah menyuarakan sebaliknya.

 

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan hukuman dijatuhkan oleh mahkamah syariah.

 

Pada masa ini, mahkamah syariah hanya boleh menghukum seseorang sehingga tiga tahun penjara, denda sehingga RM5,000 atau maksimum enam sebatan.

 

Untuk PAS berjaya, ia bukan sahaja perlu bergantung kepada semua 88 undi ahli Parlimen (MP) Umno dan 21 MP lagi dari partinya sendiri, tetapi juga terhadap kemungkinan MP beragama Islam daripada parti-parti lain yang menentang rang undang-undang itu, berkecuali atau tidak hadir, bagi mendapatkan sokongan majoriti mudah.

Manakala peluang PAS untuk berjaya di Parlimen nampaknya tidak begitu cerah, namun parti itu boleh mengambil kesempatan daripada pandangan perundangan bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak mengikut perlembagaan.

 

Parti itu boleh mencabarnya dalam usaha untuk memansuhkan undang-undang itu  dan bukannya lagi berusaha memindanya di Parlimen.

 

Pakar perlembagaan,  Abdul Aziz Bari (kanan) berpendapat bahawa undang-undang persekutuan itu tidak mengikut perlembagaan kerana katanya, ia melampaui bidang kuasa negeri.

 

Katanya, beliau sentiasa berpendapat bahawa undang-undang persekutuan berkenaan tidak sah kerana hal-ehlwa Islam adalah di bawah kerajaan negeri.

 

"Bagaimana pula Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap hukuman di bawah negeri," katanya kepada Malaysiakini.

 

'Hukuman terhad kepada sebatan'

 

Namun, walaupun jika PAS berjaya, sama ada melalui mahkamah atau Parlimen, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (II) 1993, yang menjadi asas hudud di negeri ini, hanya sebahagian sahaja boleh dilaksanakan.

 

Ini diakui oleh Naib Presiden PAS Husam Musa yang berkata: "Tidak semua dalam enakmen itu boleh dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda"

 

Katanya, hukuman yang boleh dijatuhkan, akan terhad kepada hukuman sebat yang melibatkan kesalahan berkaitan zina, qazaf dan minum arak, yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. PAS mahu meningkatkan jumlah sebatan bagi kesalahan itu kepada sehingga 100 sebatan.

           

Menurut Jadual Kesembilan, negeri-negeri dibenarkan untuk "pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan".

 

Isu undang-undang jenayah dan tatacaranya seperti mencuri dan membunuh, yang juga ada dalam hudud Kelantan, berada di bawah senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan.

 

Oleh itu, di samping PAS boleh mencabar kesahan perlembagaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah),  Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (II) 1993, juga boleh dicabar atas alasan yang sama dan Gerakan telahpun memulakan cabaran perundangan itu.

 

Pelaksanaan sepenuhnya hudud di Kelantan akhirnya memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen, yang merupakan satu tugas yang lebih sukar bagi PAS untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi.

 

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS