Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azizah sibuk santuni semula pengundi Pmtg Pauh

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dilihat memulakan kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sekalipun partinya belum mengumumkan beliau sebagai calon.

Beliau yang juga ADUN Kajag mempunyal jadual yang padat semalam bagi menghubungkan semula dengan pengundi di situ dan akan meneruskannya hari ini.

Kerusi parlimen itu diisytihar kosong ekoran pemenjaraan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua umum PKR itu dihukum penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat.

Wan Azizah bagaimanapun berkata beliau dihujani dengan pelbagai rungutan pengundi termasuk yang bertanyakan mengenai Anwar.

"Saya berasa cukup panas dan tersentuh," katanya ketika ditemui di parlimen Permatang Pauh malam tadi.

"Mereka tidak hanya menyuarakan rungutan, tetapi juga lebih kepada kebimbangan terhadap Anwar, bertanyakan tentang kesihatan beliau. Ia cukup menyentuh perasaan," katanya.

Wan Azizah membayangkan belau bersedia untuk bertanding di Permatang Pauh, sementara DAP menyatakan sokongan kepada beliau untuk mengisi peranan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Jika beliau menang, ia menjadikan beliau menyandang jwatan itu buat kali kedia selepas memberi laluan kepada Anwar pada 2008 untuk beliau kembali ke dalam politik selepas menjalani hukuman penjara enam tahun kerana menyalahgunakan kuasa berkaitan kes liwat I.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS