Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas lapan tahun, akhbar Umno Utusan Malaysia hari ini memohon maaf di mahkamah terbuka kerana memfitnah peguam Rosli Dahlan dalam isu 'skandal Copgate'.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pegawainya yang dinamakan sebagai defendan bersama kerajaan dalam saman serangan dan salah tahan, enggan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, pendengaran terhadap SPRM akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan maaf Utusan dibacakan oleh penasihat undang-undangnya Shirad Anuar.

Dengan itu, saman Rosli terhadap Utusan diselesaikan dengan syarat-syarat yang tidak didedahkan.

Permohonan maaf di depan Hakim Su Geok Yiam itu mengakui laporan bahawa Rosli seorang warganegara Singapura dan menyembunyikan aset bekas pegawai kanan polis (Ramli Yusuf) dan tidak bekerjasama dalam siasatan SPRM, tidak benar.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa The Star juga meminta maaf kepada Rosli.

Manakala harian New Straits Times diarah membayar RM150,000 keran memfitnah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi selepas tidak memohon maaf.

Dalam saman fitnah terhadap NST dan SPRM, badan antirasuah itu juga diarah membayar RM150,000 kerana memfitnah.

Lihat Komen
ADS