Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan rayuan peguam Shahnaz A Majid terhadap bekas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib ditangguh kepada 12 Mei.

Bekir anak kepada bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam permohonan penangguhannya, peguam Shahnaz, Rafie Mohd Shafie, memberitahu tiga panel hakim bahawa beliau tidak sihat.

Mahkamah tertinggi syariah itu kemudian membenarkan penangguhan dibuat walaupun terdapat bantahan daripada peguam Bekir, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ( kiri ).

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Rafie sebelum itu memaklumkan padanya tidak dapat sediakan kes itu kerana Ibrahim Rahman, bapa kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar, meninggal dunia pada pagi Ahad.

Anak lelaki Rafie berkahwin dengan anak perempuan Anwar.

“Tambahan pula, anak guam saya terpaksa pulang daripada Eropah untuk kes ini,” kata Zainul Rijal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS