Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suara-suara kesederhanaan harus diketengahkan untuk mencapai keamaman, kebahagiaan dan kemakmuran ekonomi kepada semua rakyat, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Ariff berkata suara-suara ekstremisme, sama ada dalam bidang politik, agama, kaum atau kedaerahan, tidak harus dibenarkan bersebar.

Sebagai sebuah negara demokratik, katanya, Malaysia hanya boleh berdaya mahu jika tolak ansur dan kebebasan diterapkan.

Bekas hakim itu bagaimanapun berkata kebebasan tidak mutlak.

“Bagaimanapun, hakikat ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak kebebasan yang paling asas, jika kita masih percaya padanya dan mahu hidup dalam sebuah sistem demokrasi,” katanya.

Justeru, katanya, sudah tentu kenyataan polis bahawa tiada tolak ansur untuk hasutan kurang menyenangkan.

“Perkara ini membawa persoalan lain: apa sebenarnya hasutan itu?” soalnya.

[Baca berita asal]

http://www.malaysiakini.com/news/294606

Lihat Komen
ADS