Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka menjawab serangan pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara televisyen yang dirakamkan lebih awal.

Menurut sumber, sesi soal jawab khas di TV3 itu akan menyentuh isu-isu “politik dan ekonomi”.

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada perdana menteri mengesahkan bahawa wawancara itu akan disiarkan malam ini sama ada pada jam 10 atau 11.

Mahathir ( kiri ), perdana menteri 22 tahun itu, pada bulan ini telah memuat naik tiga tulisan di blog beliau yang mengkritik kewibawaan Najib.

Beliau antaranya bangkitkan persoalan siapa yang mengarah pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan mempersoal syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd yang dicetuskan Najib.

Najib masih membisu berdepan kritikan itu, antara yang keras dilontarkan Mahathir padanya.

Sementara itu, Najib hari ini hadir ke pertemuan tertutup bersama Wanita Umno di sebuah hotel di Hotel Seri Pacific, dekat ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perhimpunan itu dianjurkan supaya sayap itu dapat memaklumkan kepada Najib berhubung isu-isu dibangkitkan di media sosial dan media tradisional.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS