Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kejadian runtuhan dinding pada sebuat flat tiga tingkat di HDC Terrace Garden di Sibu Jaya awal hari ini dipercayai disebabkan letupan gas di sebuah unit.

Kejadian dipercayai berlaku di Blok D yang menyebabkan tiga unit rumah rosak teruk.

"Seorang mangsa Sng Nic Eng melecur 52 peratus dan dia dijangka dipindahkan dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak di Kuching," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Jaafar.

Mangsa dikatakan baru pulang dari Hospital Sibu setelah menjalani rawatan telinga.

"Mangsa telah memberitahu anaknya supaya berada di dalam kereta apabila mereka tercium bau gas dan apabila mangsa memeriksa rumahnya di tingkat bawah, berlaku letupan kuat," kata Mutalib.

Namun mangsa dilapor sempat keluar dari rumahnya selepas letupan dan dibawa anaknya ke hospital.

Sepuluh penghuni lain termasuk seorang bayi berusia 27 hari turut dihantar ke hospital.

Kejadian turut menyebabkan dinding sebuah lagi unit di tingkat satu runtuh.

Mutalib berkata pihaknya telah mengarahkan penghuni 80 unit rumah di dua blok flat terlibat supaya mengosongkan unit mereka dan mereka kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Sibu Jaya dan Dewan Polis Sibu Jaya.

Pihak Jabatan Kerja Raya telah dihubungi bagi memastikan keselamatan blok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS