Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 'mengunci mulut' untuk mengulas sama ada beliau berpuas hati dengan soal jawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah saluran tv baru-baru ini.

"Tak apalah," kata Muhyiddin sebagai maklumbalas berhubung sesi soal jawab itu.

 

Beliau juga diminta mengulas lanjut jika pergeseran antaranya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib boleh menjejaskan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Kita akan jawab perkara itu nanti," katanya dalam sidang media.

Soalan ini diajukan selepas Muhyiddin berkata Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berjaya menyatukan pelbagai kumpulan dalam bahagian pilihan raya itu dan mereka bersatu padu dalam pilihan raya kecil itu.

"Dalam mana-mana pilihan raya (umum) atau pilihan raya kecil (PRK), akan ada isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang atau orang lain, yang kita perlu jelaskan.

"Ini adalah sebahagian daripada kempen tersebut,” katanya yang juga timbalan presiden Umno.

Muhyiddin berkata, beliau tidak boleh mengatakan jika perselisihan itu akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil sebaliknya pihaknya akan terus menjelaskan mengenai isu itu.

Dalam awal sidang medianya, Muhyiddin mengumumkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang juga naib presiden umno, Datuk Seri Zahid Hamidi akan membantunya dalam kempen di Permatang Pauh.

Sementara itu Naib Presiden yang lain Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membantu beliau dalam kempen PRK Rompin.

Manakala Menteri Kemajuan Luar andar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bersiap sedia membantu dalam kedua-dua PRK itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS