Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Aktiviti riadah sekumpulan lapan sekawan – tiga perempuan, lima lelaki - bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika sedang berkelah di kawasan air terjun Kampung Jankar di Lundu semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lundu kejadian dipercayai berlaku jam 6.55 petang di tingkat paling atas air terjun berkenaan apabila dua mangsa terbabit dipercayai terjatuh lalu lemas.

Jurucakap itu berkata, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Alif Hamzah berumur 27 tahun sudah ditemui.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Ahmad Hafiz, 27, masih gagal ditemui sehingga jam 10 malam, oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS