Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Negeri Sembilan dengan Pulau Pinang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Komisionar perlawanan E.Genapathy berkata perlawanan itu tidak selamat untuk dijalankan disebabkan hujan dan petir serta padang yang dipenuhi air.

"Pihak kami sudah memeriksa keadaan padang beberapa kali sebelum itu dan apabila hujan reda sekitar 10.10 malam, pemain kedua-dua pasukan dibenarkan masuk padang untuk memanaskan badan.

"Tetapi 10 minit kemudian hujan lebat semula menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan malam ini," katanya kepada pemberita di Seremban.

Katanya mengikut peraturan, lazimnya perlawanan akan dilangsungkan keesokkan hari, tetapi ada sedikit perbezaan malam ini kerana pasukan pelawat perlu bersedia bagi perlawanan Piala FA.

"Terpulang kepada FAM untuk menetapkan tarikh baharu.

"Mengenai tiket pula, ia terserah kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan untuk menguruskannya," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS